5/01/2017

Mayday! Mayday!


1. Tidak pasti, apakah mungkin di zaman ini masih memberi ruang untuk menjadi lelaki berkeluarga yang tinggal di pinggir bandar, hidup sederhana, membaca buku di waktu lapang dan tidak perlu membuktikan ego dan upaya kebijaksanaan ke ruang awam.

2. Gejala membebel/mengamuk secara epistemik atas nama moral dan kebenaran (?)

3. Neo-reaction (masih) terkandung cita-cita moral yang menyatakan mereka sedang makan duduk bersandar makan bertih jagung adalah menjelikkan.

4. Nombor (1) perlu ketahui kedudukan diri (political standing) dan mentafsir semula apolitical quietism.

5. Marah pun kena ada citarasa.

6. Nombor (5) berkenaan marah biarlah bertempat. Mengetahui 'tempat' bagaimanapun adalah sebuah proses.

7. Pokok Ipoh has fallen. Saya sangat sedih dengan berita ini.

8. Mungkin saya datang sebagai kuli-kuli sahaja, membetulkan wayar LCD pada laptop dan kemudian spontan memberi pendapat sederhana. Dijemput duduk dalam mesyuarat pendek itu, bercakap sikit-sikit. dan akhir mesyuarat kemudian ditanya. Nazrin, are you in or are you out?

9. Nazrin out.

10. Memberi tahu diri sendiri, sila berhati-hati dengan political subversion yang dilancarkan secara subtle oleh seorang Left-academic-penjawat awam-DS54 dan begitu juga kepada seorang pensyarah universiti swasta membeli lukisan berharga RM 15K--katanya sebulan gaji. Tanya diri sendiri, what's in it for you?

11. Mileage dijangka panjang lagi sebagai anak muda yang boleh swing dari whatever kinda Left to Right atau Alt-Right(?) to whatever. Dewasa ini, saya mengenal erti sebuah pragmatisism.

12. Ingatan kepada bulan Ramadan, karpet surau dengan penghawa dingin dan moreh yang sedap.

13. Salam Hari Pekerja. Workers of the world, unite!

No comments:

Post a Comment