5/21/2017

Come what may


1. Tahun 2017, tatabahasa/kosa kata Bahasa Inggeris saya masih lagi adalah sebuah jenaka.

2. Menjadi pemandu pelancong kepada dua orang perempuan muda daripada Sciences Po adalah menjelikkan dan meletihkan. Kami mungkin saling mengutuk dalam bahasa ibunda masing-masing.

3. Bau-bauan Ramadan.

4. Sudah tentu, saya diam-diam cuba mengadili sebuah resume yang memperlihatkan kejaguhan altruisme. Generasi Y menganggap ianya adalah kunci kepada pelawaan menerima kerja.

4. Dilemma mengejar hal-hal keduniaan di Kuala Lumpur dan berada di perbatasan nilai dan moral sendiri untuk menjadi lebih opportunis dan pentingkan diri.

5. Mungkin nombor (4) timbul setelah memikirkan alasan untuk tidak pulang beraya. Berhadapan dengan jangkaan diri sendiri dan orang tua yang tidak terkecap barangkali untuk sepanjang hayat ini. Di akhir nanti, yang ada cumalah penyesalan. Saya tahu.

6. Penyesalan yang terkirakan pada sebuah kesunyian apabila sekadar memiliki dan memeluk diri sendiri. Penyesalan adalah sebuah kejadian yang keliru.

No comments:

Post a Comment