12/01/2016

The year end blues


1. Sangat susah untuk convey tone suara dalam bentuk mesej teks-- dan malah saya terlalu berkira untuk smiley or whatsoever. Mungkin juga sebab saya sudah ketinggalan budaya komunikasi hip dan tidak dapat kenal pasti batas-batas intimasi menerusi sebuah emoticon.

2. Seorang lelaki Beta mendominasi kumpulan perbincangan di mana ahlinya terdiri daripada wanita-wanita Alpha. Lebih menakutkan apabila wanita Alpha ini pula saling cuba mendominasi sesama mereka. Saya tidak tahu bagaimana hendak dijelaskan tapi agaknya anda tahu perasaan saya.

3. Redaman hujan setiap lewat petang membawa hingga ke dinihari dan blues akhir tahun.

4. Playing as a band at friend's wedding last month. Sebaik pengantin berarak masuk, Hoppipolla oleh Sigur Ros didendangkan. Kemudian kami sedar kebolehan kami untuk membuatkan sesuatu acara itu kelihatan majestic.

5. Minggu mengurus wang/tiket untuk menyerah diri kepada hedonisme.

6. Seorang lelaki tua, kerjanya tukang sapu. Dia, seseorang yang membuat saya tidak sabar untuk berbalas senyum atau bertanyakan bagaimana harinya. Seperti ada sebuah daya, saya ingin kumpulkan seluruh kebaikan dunia dan berikan kepada dia.

7. Pertama kali ke Damansara. Damansara is so hip, so modern.

8. Suprisingly funny, tak pernah pergi IKEA atau makan meatball or whatever they are selling, tapi anda perlu tahu, saya ada taste for furniture, kitchen utensils and food.

9. Pergi tengok mat nippon main math rock dan saya pun macam, depa ni makan apa?

10. All we need is Payung Teduh.



No comments:

Post a Comment