Masa dan takdir. Masa dan takdir, bukan pilihan kita. Dan kita memilih untuk mengenangnya dengan kerumitan. Rumit dan tidak faham. Ia seperti sesuatu yang diantara lara kesedihan dan sedikit keberanian. Sesuatu yang diantara kedua-duanya yang dikutip supaya dapat dibawa bersama untuk mecermati jalan-jalan hidup. Seperti di hadapan ada padang lalang setinggi paras mata. Dan dengan lengan yang terkumpul segala kudrat, kita bersungguh-sungguh menepis dan membelah membuka jalan. Kita tidak mahu hilang atau tersesat, tetapi ada satu sisi seorang penakut untuk sampai ke hujung sempadan. Kerana di sempadan nanti, ada jawapan yang perlu ditanggapi dengan kepasrahan.
Bahawa kita tak boleh miliki kesemuanya.
***
No comments:
Post a Comment