3/31/2015

Hujung Maret



1. Sebelum senja Maghrib itu, hujan sedang renyai. Baju basah sedikit ketika saya berdiri di bawah gerai masakan lauk petang di tepi jalan. Nasi putih dengan masak lemak labu sahaja. Sayur je kan? seringgit setengah je dik, kata pakcik bermisai lebat. Nadanya seolah memberi belas. Saya senyum kepadanya.

Saya berkata kepada diri, inilah agaknya perasaan orang tidak berwang. Orang-orang yang menyeluk poket, meraba-raba dan tidak memiliki apa-apa selain menemukan tinjunya sendiri.

Awan makin berat. Labu dalam lauk masakan itu, kerana Muhammad junjungan besar berpesan bahawa ia merawat hati yang duka. Dan saya percaya, memang iya.


2. Hari minggu kegemaran tahun 2015.




3. Ulang tahun kelahiran bonda hanya sempat saya ucapkan selamat pada hujung talian telefon. Suara kedua orang tua yang bersilih dihujung talian, dan pesanan yang berulang-ulang "jaga diri, jaga diri". Saya cuma berdiam, mengetamkan bibir. Tundalah perpisahan kepada satu masa nanti, Tuhan.


No comments:

Post a Comment