2/27/2015

Hujung Februari


1. Awal semester dengan azam-azam tertunda. Fikiran terlalu sarat, kertas-kertas penuh dengan garis-garis anak panah dan bulatan peta minda yang rumit difahami. Menulis sesuatu yang akademik menuntut saya membaca dengan lebih intensif, dan terpaksa menukar tabiat daripada membaca yang untuk suka-suka atau lebih santai kepada lebih serius. Gaya pembacaan yang bengis sehingga terlihat kerutan di dahi.

2. Bermula  minit 01:05:55 dalam Her(2013), dan juga minit 00:33:29 dalam The theory of  everything(2014).

Momen-momen yang tak boleh dilupakan sehingga terlipat masuk ke dalam mimpi.

3. Memulakan kembali rutin lama. Setiap kali usai waktu subuh tatkala kabus pagi belum lagi dibakar rembang matahari, sarungkan sepatu, pikul jantung dan pergi berlari. Selagi mana kandungan endorfin dalam badan saya mencukupi, saya akan okay. Agaknya.

4. Saya akan okay.

No comments:

Post a Comment