4/02/2014

Hai,sudah april rupanya


Di hujung talian telefon selapas nada menunggu yang panjang,perempuan itu menjawab salam.Katanya baru sahaja menyebut tentang saya.Dia sedang di dapur menyediakan pankek.Pankek pada waktu malam?.Langsung dia berkata lagi,kalau saya ada di sisi dia sudah pasti malam itu tidak lain paling tidak mesti ada acara potong kek.Tetapi malam itu,dia tidak mahu apa-apa,cukup doakan sahaja rahmat tuhan ke atasnya.Nenda sudah setahun pergi,katanya tidak semena-mena.Saya terdiam,kelu dan hanya membuat bunyian seolah bersetuju.Hujan tak dekat sana? sini baru berhenti,kata perempuan itu.Hujan sedang rintik di atas kepala saya.Saya senyum dan balas pertanyaannya,tengah nak hujan lah ni.Lain-lain,adalah berita kurang baik.Tanah sewaan di kampung bakal di ambil pemaju.Hal-hal keluarga besar yang khabarnya sedang tiba-tiba berantakan.Senyap yang panjang dan kemudian perempuan itu bersoal,hah ada apa-apa nak cakap lagi tak? Kata-katanya bersambung lagi,dia kata kalau saya pulang untuk cuti panjang boleh lah dia masak makanan kegemaran saya,masak lemak labu.

Dia cuma lulusan sekolah menengah,seorang surirumah sepanjang usia,tidak baca sastera melayu atau inggeris malah tidak tahu berbahasa inggeris.Kadang-kadang saya terfikir juga betapa sedihnya keluarga saya bukanlah dari keluarga penutur bahasa inggeris,tapi mungkin hikmahnya diganti seseorang paling sempurna di mata yang malah memahami saya.

Saya tidak sempat pulang ke rumah,ruang masa begitu terhimpit.Sekadar sepotong ucapan di hujung talian.Selamat ulang tahun,bonda.

No comments:

Post a Comment