12/23/2013
Hai.
Hujung oktober sehingga ke pertengahan Disember.Masa tidak pernah percuma.Setiap hari fikiran runsing dihimpit tugasan-tugasan semester dan persoalan-persoalan masa depan.Kehidupan sosial seharian menjadi janggal.Itupun kalau punya masa terluang sedikit tidak banyak,maka ada di kedai-kedai mamak bualan-bualan tentang idealisme kehidupan.Satu-satu apa itu syurga,neraka,dosa dan pahala diertikan semula.Kadang kala membawa kepada pertikaian tentang kahwin dan cinta kemudian disusuli suatu senyap yang panjang.Bicara-bicara ini hanya cuma menghadiahkan kekusutan.Tidak pernah ada yang diselesaikan atau ditemukan jawapan.
Resah perbualan mungkin saja bisa tamat tapi kekusutan itu kemudian dibawa pulang.Di hadapan skrin laptop,ada tugasan perlu diselesaikan.Hentakan papan kunci menulis sehingga sepuluh muka surat,fikiran kusut atau perut yang meloya adalah aksi pada dinihari.Jiwa cuma memberontak dalam diam.Persoalan makna dan tujuan semua ini tidak pernah padam malah menusuk-nusuk ke benak fikiran.Sehinggakan ketemu asa yang sudah putus.Di hujung talian ada bonda,disini ada airmata jantan yang mengalir tidak bernada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment