9/26/2013

Tepu


Hujung september kiranya agak padat dengan jalan-jalan fikiran untuk segera selesaikan tugasan semester.Pembacaan demi pembacaan dibuat,dan ini kerap menyebabkan minda saya bertindih-tindih dan tepu sehinggakan saya kemudiannya terlupa setiap perkara yang saya baca sebelumnya.Itu belum termasuk kecamukkan di antara mahu menulis yang ilmiah,menulis di jurnal atau menulis untuk suka-suka.

Rutin larian kini bermula kembali selepas ditinggal selama lebih dua bulan.Hari pertama mula berlari,jantung tidak begitu mesra ritmanya.Rentak larian apatah lagi sumbang.Berlari di tempat kurang orang tiada apa yang hendak dihairankan sangat.Tidak ada jangkaan orang lain,dan larian ini bukanlah untuk bertanding.Larian ini saya anggap satu bentuk doa kepada tuhan.Saya pinta kepada tuhan.Tuhan,berilah keadilan kepada seorang lelaki endomorf ini.

No comments:

Post a Comment