5/22/2013

Bualan angan.

Saya suka dengan idea untuk menjadi seorang single parent dan punyai seorang anak perempuan.Bayangkan umur dia dalam lingkungan enam tahun.Setiap malam saya akan petik gitar dan mainkan lagu untuk dia sebelum dia tertidur.Raindrops keep fallin' in my head misalnya dan saya akan duduk disisi kamar.Kemudian saya akan minta dia bernyanyi sama.

Dia akan menggelengkan kepala dan memeluk tubuh.Tak mahu bernyanyi di hadapan saya.Malu katanya.Giginya rongak kerana gigi susunya usai patah.Dia sedang membesar.Mungkin masa itu saya akan usap ubun-ubunnya sambil berbisik ke telinganya

Menyanyilah sayang,walau out of tune sekalipun.Menyanyilah.

4 comments:

  1. sudah ada angan-angan kahwin mudakah? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tu ada.Tapi dah kalau belum ada apa-apa dah jadi macam lagu pelamin anganku musnah.haha.

      Delete