3/31/2017

Life goes on.


1. Saya kira, yang menyelamatkan saya kali ini adalah pena'akulan yang disandarkan pada Tuhan, hormon yang stabil dan juga perkiraan matematik eksistensial.

2. Sebuah Ungeschehenmachen.

3. (Setahun dalam illusi keghairahan)

4. Kegagalan komunikasi dalam sintaks Subang Jaya.

5. Yes, Rimbaud was right.

6. Mungkin sesuatu yang secara rawak saya fikirkan tempoh hari adalah untuk mengayuh basikal daripada Bristol ke Portishead.

7. Di sebuah pekan bernama Sekincan, saya menemukan diri sebagai seorang lelaki dengan high spirited untuk kerepek/bahulu-shopping.

8. Setiap hari saya berhadapan dengan orang dikeliling yang lebih mudah air mata mereka tertumpah sebaik saya bertanyakan spontan akan khabar mereka. Kemudian mereka bertanyakan, kenapa dengan mata saya. Kedua mata saya adalah perasaan yang tidak mampu bersembunyi. Lalu wajah mereka akan lebih pekat dengan sengih, mata dan hidung yang memerah. Dan saya melihat sebuah kecintaan yang lebih besar-- seorang isteri kepada suami dan keluarganya; sepasang orang tua kepada anaknya. Membilang hari-hari orang yang dikasihi. Tubuh manusia yang mengagalkan dan tidak akan lama-- untuk menanggung kecintaan yang abadi.

No comments:

Post a Comment