3/22/2016


Ada harinya, kita cuma hilang pada diri sendiri. Urat-urat tubuh yang lelah sehingga sekadar ingin berdampar di pembaringan. Yang tinggal, cumalah ingatan yang masih basah pada ruang dan kesempatan serta rencana yang tertunda untuk dikecapi. Dan manusia sekadar mengerti, nasib adalah semulajadinya kelam, kerana akhirnya ia akan terhempas kepada sebuah keterbatasan diri.

Malam bersilih antara kehangatan dan dingin yang memualkan. Dan malam, tidak pernah gagal memanjangkan keresahan dengan perkara-perkara yang mengambil tempat di hati. Ada renungan tajam ke luar jendela menghantar fikiran untuk melayani pesan-pesan yang bertabir sunyi dalam diri. Lewat pengharapan, kita ingin percaya bahawa ianya sekadar sebuah badai kecil. Kekalutan sederhana yang akan terubati apabila Tuhan memilih untuk memakbulkan doa-doa daripada orang tua ; kekuatan untuk memahami dan melawan alam diri; sebuah ennui, kemarahan, serta penyesalan.

Dan hari esok, hari menjadi semula pemuda yang terus bertanding ingin memenangi nasib


No comments:

Post a Comment