1/23/2015

Pulang



Saya pulang ke rumah. Menghadirkan diri di hadapan orang tua. Untuk berada di sini, merenung ke dalam mata bonda, mendengar celoteh kisah-kisahnya dan membalas setiapnya dengan senyum. Ke dalam mata ayahanda pula, mendengar pada selorohnya. Dia meningkat lagi umur pada hari ini. Ulangtahun kelahirannya ditanggapi sederhana sahaja. Masa menghukum kita semua, fikir saya ; tapi dengan cara yang lebih baik. Supaya menjadi lebih sungguh-sungguh menilai kembali segala kesempatan-kesempatan yang dikurnia dalam kehidupan ini.

Tetapi. kehadiran ini juga memberi makna berbeza-beza. Pada sisi orang tua, inilah masa mereka melunaskan rindu pada saya. Begitulah juga, rindu saya kepada mereka. Namun, kehadiran ini tidak dapat dibendung daripada membawa sebuah beban makna, sebagai seorang anak yang tidak mampu membalas budi, masih belum cukup berbakti.

No comments:

Post a Comment