4/28/2013

Random #29



Ini adalah malam sebelum hari besok yang bakal menggila.Mungkin malam ini kau tidur nyenyak.Dan bila kau buka mata pada esoknya,kau sedar bagaimana hidup ini ada benda yang bersusun-susun menunggu untuk dilaksana,dan kau tidak tahu sebenarnya bagaimana untuk mula.Dan bila kau kata cukuplah,sudah banyak ni.Ada lagi yang tuhan hantarkan dalam bentuk pakejan dengan dibungkus kemas serta tali yang diikat berbentuk riben.

Kemudian kau rasa mahu menyumpah.Dan bila difikir balik,hitung kira dosa-dosa.Kerja-kerja menyumpah ini sebenarnya tidak perlu.

Jadi kau makan tart telur dan tidur.Mimpikan siapa-siapa pun,mimpilah apa-apa pun.Sebelum esok yang bakal menggila.

No comments:

Post a Comment